CETAK BUKU SEGERA

Profil Syarikat

Corner Print & Copy merupakan sebuah pusat pemprosesan berkapasiti tinggi bagi perkhidmatan percetakan segera, cetak buku segera, fotokopi digital, pengimejan digital dan “perfect binding”.

Perkhidmatan lain yang berkaitan turut disediakan seperti cetakan / fotokopi warna, plan printing, penjilidan biasa seperti stapler/ jahit binding, comb binding, wire spiral / wire “O” binding, hard cover / thesis / document contract / tender binding dan lain-lain yang berkaitan.

Beroperasi di tiga unit kedai yang disambungkan di Pusat Hentian Kajang. Pemilikan 100% Bumiputera dan telah beroperasi sejak tahun 2001 melalui syarikat-syarikat sendiri pemilikan tunggal seperti Corner Resources (001391948-U), Corner Print & Copy (001945445-A) dan Corner Image & Photocopy (001674661-D). 

Dibuka 7 hari seminggu (termasuk hari cuti) dari jam 7 pagi hingga 11 malam dengan lebih dari 20 orang kakitangan dalaman serta 5 orang kakitangan pemasaran, dilengkapi dengan lebih dari 30 buah mesin yang berkapasiti tinggi dan berteknologi terkini yang bernilai hampir RM 2 juta, mencatatkan jualan tahunan yang menghampiri RM 2.5 juta setahun (mampu memproses dan mengeluarkan barangan bernilai RM 50,000.00 sehari.)

Antara produk-produk popular yang dikeluarkan adalah seperti buku teks, modul universiti / kolej/ sekolah, modul kursus, laporan tahunan / mesyuarat agong, buku kajian ilmiah universiti / terbitan persendirian, buku laporan kementerian / jabatan, buku cenderamata / perasmian, dokumen tender, dokumen kontrak, risalah, borang kaji selidik dan sebagainya.

Hingga kini mempunyai lebih dari 1000 pelanggan besar dan tetap yang mencakupi seluruh Semenanjung Malaysia terutama dari universiti dan kolej (awam dan swasta), badan kerajaan dan swasta, sekolah, pusat tuisyen, tadika, pusat latihan, pengedar / penerbit buku dan sebagainya. 

Antara beberapa projek besar yang telah / sedang kami jalankan adalah seperti pemprosesan kertas peperiksaan sekolah agama JAIS / KAFA bagi seluruh daerah Hulu Langat, Hulu Selangor, Gombak, Pudu / Bangsar dan Kuala Selangor.  Kertas Linus Literasi dan Numerasi oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) beberapa daerah di Selangor, Pahang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Selain itu kami juga pernag menyediakan buku modul / teks untuk kursus Matrikulasi UIA PJ, UIA Gombak, Matrikulasi USIM, Asasi KUIS, Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Bangi, Kuala Lumpur, Ipoh dan Batu Pahat. Juga, Cybernetics College, Kolej UNIKOP, UNIMAP, UPNM dan sebagainya.

Pelanggan-pelanggan lain adalah seperti EIMAS, UKM, UNITEN, IUKL, UPM, KUIS, UNIKL serta sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Puchong, Bangi, Kajang, Nilai, Seremban.

Sementara itu bagi projek pengimejan (scanning), pihak kami telah berjaya menyiapkan projek ‘e-library’ bagi Projek Pengimejan / Pendigitalan Buku Thesis dengan ‘editing dan bookmarking’ bagi Perpustakaan UITM Shah Alam.